Salam 1Malaysia dan salam sejahtera, sebelum ini mesti kita dah baca
tentang satu tajuk di mana pengguna rokok elektronik terdedah kepada
penyait kronik bukan? Fakta selalu berbeza dan pendapat. Kekadang pendapat itu berbeza kerana politik,kerana kepentingan sesetengah individu.
Tapi walau bagaimanapun apa yang perlu tahu adakah vaping/rokok elektronik selamat?
1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – Paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan
bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan
mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap
bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan
kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati
serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center
membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat
kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan
dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik
adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok
elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong
penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia
berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang
sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam
masa 20 tahun.”
Jadi apa pendapat anda?
No comments:
Post a Comment