Pages

Monday 28 September 2015

13 Perkara Wajib Wanita kene jaga dan tahu




13 perkara ini wanita perlu dan wajib jaga, jangan pandang remeh tahu. Kesian dekat si suami kalau anda tak jaga,jika anda seorang gadis kesian ayah yang menanggung seksa.

1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Kaki dan semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.


3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)


5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya

(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang)

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)


8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)


9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)


10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)


11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)


12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Sunday 27 September 2015

(Vaping/Vape/Vapor) Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Menghisap Rokok Elektrik

Salam 1Malaysia dan salam sejahtera, sebelum ini mesti kita dah baca tentang satu tajuk di mana pengguna rokok elektronik terdedah kepada penyait kronik bukan? Fakta selalu berbeza dan pendapat. Kekadang pendapat itu berbeza kerana politik,kerana kepentingan sesetengah individu.

Tapi walau bagaimanapun apa yang perlu tahu adakah vaping/rokok elektronik selamat?
1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – Paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”
Jadi apa pendapat anda?

SERIUS! Ini Punca Sebenar Kenapa Bahaya Tidur Dengan Menghadap Kipas Angin

SERIUS! Ini Punca Sebenar Kenapa Bahaya Tidur Dengan Menghadap Kipas Angin | Ternyata sekarang ini musim panas, jerebu & ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yg dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yg sedang bergerak laju dgn tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.
Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yg sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yg kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerna suhu tubuh kita akan menurun.
Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun.
Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yg lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.

Memang Serius beb!! Tahukah Wanita Ketumbuhan Kanser Rahim Akibat Melakukan 4 Perkara ini Ketika Haid

Memang Serius beb!! Tahukah Wanita Ketumbuhan Kanser Rahim Akibat Melakukan 4 Perkara ini Ketika Haid | Ketika Haid atau menstruasi adalah yg di alami setiap bulannya oleh setiap wanita kejadian yg hanya di alami oleh wanita ini merupakan peluruhan dinding rahim terdiri dari pada darah jaringan tubuh.

Haid juga merupakan suatu proses pembersihan rahim terhadap pembuluh darah kelejar-kelenjar & sel sel yang tidak terpakai karena tidak ada pembuahan...
Bagi yang sudah berkahwin umum mengetahui bahaya berse-tubuh ketika isteri sedang haid,namun bukan hanya itu pantang larang bagi wanita haid utk mengelak dari pada kanser rahim,pemakanan juga mempunyai peranan penting dalam hal tersebut.

Berikut 4 perkara yg harus anda elakkan ketika sedang haid...

1. Jangan minum air yang memunyai ketulan ais, air soda dan kelapa semasa haid...
2. Jangan keramas kerana pori pori kepala sedang terbuka pada saat haid kerana boleh menyebabkan sakit kepala. (kepala dimasuki angin), sangat berbahaya kesan ini biasa dirsakan semasa muda dan semasa tua nanti...
3. Jangan makan timun semasa haid kerana getah yang ada pada timun menyebabkan sisa haid melekat di dinding rahim....
 4. Selain itu, saat sedang haid, tubuh tidak boleh terluka, terjatuh dan terpukul oleh benda keras terutamanya bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, dan menyebabkan rahim luka. (luka dalaman)....

 Ini membuktikan, minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid terkumpul pada dinding rahim, setelah 5-10 tahun dapat menyebabkan "KETUMBUHAN & KANSER RAHIM". Tolong sebarkan info ini kepada wanita yang anda sayangi, samada isteri, kakak, adik rakan dan sesiapa sahaja yang bergelar wanita. kerana mereka la yang perlu mengetahui hal yang sangat serius ini.

Tahniah Buat DATO CT AND K




 Tahniah Buat DATO CT AND K' | Untunglah ya..rezeki mencurah-curah

Friday 25 September 2015

CEMBURU - "Aku Ini Abah Depa. Aku Yang Membesaqkan Depa"


CEMBURU - "Aku Ini Abah Depa. Aku Yang Membesaqkan Depa"  | Kisah ini dikongsikan oleh Tuan Abd Ghani Haron yang berjumpa dgn seorang ayah yg meluahkan perasaan sedihnya terasa seakan tidak diberi perhatian oleh anak-anaknya. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua. Baca lagi:

Gambar Hiasan


CEMBURU SEORANG AYAH 



Ketika berjalan dlam market hari itu, saya melintasi sebuah warung. Di satu meja agak terasing saya lihat rakan sekolah saya dulu yg telah 60an duduk minum kopi sendirian.Entah knapa hati saya mendesak nak berjumpanya. Saya menghampirinya. Nasi lemak dlm bungkus daun pisang disuap seperti terpaksa. Setelah memberi salam, saya duduk semeja dengannya walaupun saya amat jarang duduk di kedai kopi.



Setelah beberapa minit berbual,saya bertanya hal anak-anak. Dia diam, tetapi akhirnya bersuara dengan nada sirius."Hang tau kan aku ada 4 anak,semua dah kerja & duduk jauh. Dirumah, aku dengan bini aku saja. Aku sedih anak-anak aku bila telefon ke rumah, telefon kepada emak depa, semacam semua keempat-empat orang tu. Seingat aku sekali dua kot dalam setahun depa telefon cakap dengan aku . Nak minta pinjam duit kat aku, tapi cakap dengan mak dia juga. Kalau nak bagi duit pun, aku amat jarang dibagi, emak depa saja yang dibagi. Kot nak tanya abah ada duit ka tidak, jangan harap. Sedih sangat." Sampai disini dia dah mula sebak. Air matanya tergenang dikelopak mata tua itu, segera disapu dengan belakang tapak tangan,tapi dia gagahkan gelak kecil yang dibuat-buat0 nak menyembunyi rasa sedihnya.



Saya cepat memegang sebelah tangannya,meramas jarinya dan membisik kata sabar."Kalau nak beli apa pun,depa tanya emak depa sahaja,nak ajak berjalan pun, tanya emak dulu, kalau emak tak mahu, tak jadi ke mana. Aku ini abah depa. Aku yang membesaqkan depa. Hari ni depa bawa mak depa pi Tesco, aku depa semawa pun tidak" Dia terus meratuih.Semakin gawat bila hidungnya pun berair bercampur air mata.



Bila dia berhenti bercakap, saya mencelah."Kita semacam saja, bahkan orang lain juga,cuma mereka tak cerita.Tetapi nabi dah sebut dlm hadis Seseorang datang kepada Rasulullah dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut bertanya lagi, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya lagi, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya lagi, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi menjawab, ‘Kemudian ayahmu.'” Betullah jika anak-anak hang mengutama emak mereka dari diri hang sendiri,nabi dah sebut dan suruh."Dia mengangkat kepala memandang saya,seperti nak berkata betulkah ini?Saya terus menerang dan memujuk.



Kita semua adalah anak kepada seorang ibu dan ayah. Beringatlah pesan nabi ini,tetapi jangan sampai tergurus hati ayah.Jangan pula melebihkan ayah dari ibu,itu melanggar sunnah.Jangan kerana mak kuat berleter,banyak pesannya,ingatannya,kawalannya,tegahannya maka kita melebihkan ayah.Apa juga keadaan ibu kita,beri keutamaan kpdnya,tetapi jangan keterlaluan,jaga juga hak ayah.



Perasaan cemburu dalam meraih kasih anak,tetap wujud pada ibu dan ayah,apa lagi diusia tua dan kesunyian bila anak telah berpindah.Tetapi atas sifat orang tua,perkara ini tidak dizahirkan,mereka menelannya dengan kesabaran,dengan senyuman, sedangkan jauh dilubuk hati,terguris sembilu yang tajam. Berhati-hatilah jika sesekali mereka bersuara dengan sindiran, atau kata persis merajuk,atau body language yang luar biasa.



Pertimbangkanlah setiap perlakuan,tindakan kepada keduanya, jangan sampai mereka berdua berlumba meraih kasih anak-anak.Berlaku adillah,bukan saja pada kebendaan yang dihulur, tetapi pada setiap kata, setiap gerak laku,kerana semua dinilai oleh ayah ibu.Dahulukan ibu,tetapi jangan sampai ayah terasa terpinggir.Masa kecil,anak dimanjakan ayah ibu,bila tua ayah ibu mengharap dimanjakan.Renungkan,jangan ambil mudah.



Hari itu saya terpaksa makan dan minum dikedai kopi untuk memujuk sahabat ini.Memang hodoh jika orang tua merajuk hati,air mata tua berjurai,hanya yang tua sebaya,yang ada anak-anak sahaja yang memahami.Tidak akan ada ayah yang akan merayu bagai anak kecil minta didokong sama seperti adik kecil dlm dokongan.Jika ibu anda dilayan bagai anak kecil yang didokong, peganglah tangan si abang yang ibarat kepada ayah untuk dibimbing sama berjalan.Pada kita ,itu perkara kecil,belum tentu pada ayah ibu. Fikirkan kalimah ibarat ini sebagai inti kepada maksud tersirat pada tulisan ini.



Share untuk peringatan.

meratuih maksud bercakap banyak,berterusan.

PILU DAN SAYU !! Inilah Kisah Disebalik... "Budak Ini Suka Tidur Didalam Kelas"



PILU DAN SAYU !! Inilah Kisah Disebalik... "Budak Ini Suka Tidur Didalam Kelas"  | Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Haqim Marina yg menceritakan seorang murid di sekolahnya yg suka tidur di kelas. Namun setelah diselidiki, cerita disebalik sikapnya itu amat menyentuh hati. Baca lagi


Walaupun bergelar guru yang garang(1 masa dahulu).....hati aku terusik dengan kehidupan seorg anak muridku yang berlainan bangsa dan agama kerna kegigihan & kesabaran hidupnya menempuh cabaran kehidupan dlm usia yang masih muda....sedikit sebanyak kisahnya menyebabkan mata ini bergenang kerana masih wujud lagikah kisah-kisah seperti ini????.....anak muridku ini berada di tingkatan 1....





Awal tahun ini aku menjadi guru kelasnya & mengajarnya bahasa melayu....kadang kala aku melihat dia melelapkan mata sambil merebahkan kepalanya di atas meja.....dan setiap kali aku akan mengejutkannya sambil berceloteh mengingatkan pelajar agar jangan tidur sewaktu guru mengajar (w/pun tahu dia tak faham pun apa yang aku kata)....rupa-rupanya guru mp yang lain juga menghadapi masalah yang sama....



"budak ini suka tidur didalam kelas".....apabila sekolah menerima kedatangan ibu bapa untuk mengambil wang bantuan persekolahan rm100, aku adalah orang yang tak sabar-sabar untuk mengenali atau dalam erti lain 'mencungkil' rahsia anak muridku.....dan ditakdirkan aku berjumpa dengan ibu kepada anak muridku ini yang tutur katanya sgt bersopan.....sempat aku bertanyakan pendapatnya tentang anaknya yang sering tidur didlm kelas.....





Jawapan yang ku dengar itulah yang membisukan mulutku pada hari itu...(translate:- saya dan bapanya tinggal di hostel pekerja di Ampang... ayahnya oku... anaknya seramai 4 orang (muridku anak yang pertama).... ditinggalkan bersama jirannya di Selayang Lama... mereka akan berjumpa 2 miggu sekali......anak muridku inilah yang memandikan adik-adiknya (5 tahun ke bawah)... memberinya makan sebelum menghantarnya menaiki basikal seorang demi seorang ke sekolah tadika (tempat pembonceng ada 1 je).... kemudian bersiap-siap untuk ke sekolah sesi petang.... balik dari sekolah dia akan menguruskan adik-adiknya sehinggalah mereka melelapkan mata barulah dia akan tidur.....



Selalunya dia akan tidur pada pukul 11 @ 12 malam....... dan bangun pagi pada pukul 5 pagi..... memandangkan dia tinggal bersama jiran kadangkala dia perlu berulang alik ke kedai membeli barangan..... begitulah rutinnya setiap hari.... kalau menaiki van dr rumahnya ke sekolah, ibunya perlu membayar RM100/bulan....tetapi dia lebih rela berjalan kaki supaya duit itu dapat digunakan untuk adik-adiknya.... sebelum mempunyai basikal dia berjalan kaki lebih kurang 3KM untuk ke sekolah.... aku pernah terjumpa dia berjalan mengendong beg yang berisi buku dalam terik matahari tengahari, aku pelawa menaiki kereta tetapi ditolak dengan sopan.... tapi aku ajak juga..... akhirnya dia mengalah.... di dalam kereta dia hanya berdiam diri.... sepatah ditanya... sepatah dijawab...

Sejak saat di mana ibunya menceritakan tentang rutin harian hidup anaknya....aku mula muhasabah diri ku sendiri.... kerja2 yang sebelum ini sering disungutkan.... kenapa anak muridku yang berumur 13 tahun mampu menguruskan sendiri keluarganya.... kerana dia tahu itu adalah tanggungjawabnya apabila ibu bapanya bekerja....yang paling aku tabik... dia tak pernah ponteng sekolah.... pada pendapatku masa untuknya hanyalah di sekolah dan saat dia menjejakkan kaki ke rumahnya masanya hanyalah untuk adik-adiknya......

Sebagai seorang isteri dan ibu memang kerja-kerja harian dalam menguruskan anak-anak sangat meletihkan apatah lagi aku adalah ibu berkerjaya..... bagaimana dia sebagai seorang budak lelaki boleh memegang peranan ibu dan bapanya setiap hari.... alangkah bertuahnya seorang ibu dan seorang bapa mempunyai anak seperti itu...dan yang paling menyentuh hati apabila ditanya kenapa tak pergi rehat (takpe cikgu emak saya belum dapat gaji lagi).... luluh hati aku yang mendengarnya.... kerana terbayangkan anak-anak..... sejak daripada hari itu hati aku akan tersentuh dengan setiap kelibatnya di sekolah (kecuali dia mengganggu pdp ).... dan setiap kali dia berjumpa dengan aku.... ada sahaja nota yang perlu aku coretkan (latihan rumah sukan, persatuan, badan beruniform, aktiviti-aktiviti sekolah) pada buku nota yang dibawanya untuk ditunjukkan kepada ibunya.

Akibat Tidak Mencuci Pakaian Dalam Yang Baru Dibeli

Akibat Tidak Mencuci Pakaian Dalam Yang Baru Dibeli

Saya Susan yg mempunyai minat meneroka alam,pada waktu sebelum kejadian mengerikan menimpa,saya pergi kesebuah tempat yang dah lama saya idamkan utuk menerokai keindahannya,rencana saya hanya 3 hari saja namun kerna kaindahan alam semula jadinya sangat indah saya bertekat untuk menambah lagi cuti saya selama seminggu.

Tentu bekalan pakain saya sudah tidak mencukupi saya pun pergi kepasar terdekat untuk membeli pakaian yangg perlukan termasuk bra & seluar dalam untuk di pakai di hari selanjutnya.
Di hari keempat saya mulai mengalami ruam merah merah di sekitar payudara,mulanya saya menyangka itu adalah ruam biasa & akan hilang begitu saja.namun saya silap!
Selepas habis meneroka keadaan payudara saya semakin teruk malah rasa sakit di payudara mulai berdenyut,terus saya periksa ke klinik untuk membuat pemeriksaan namun doktor tidak tahu kuman apa yang menyerang payudara saya dia hanya memberikan obat antibiotik dan krim khusus untuk di sapukan.

Selang beberapa hari rasa berdenyut biasa bertukar menjadi berdenyut panas dan timbul ketulan ketulan apabila dipecahkan keluar darah bercampur nanah.kemudian saya cuba membalutnya dengan kain perban.

Ketika rasa sakitnya semakin parah.saya memutuskan untuk bertemu dokor Dr Lynch doktor pakar payurada yang saya kenali,diapun tidak bisa mengetahui kuman apa yang menyerang payudara saya,cuma dia mengatakan mungkin ini adalah penyebab bahan kimia.
Saat doktor Lynch membuka balutan perban yang saya buat, dia amat terkejut,mereka menemukan larva (ulat)  bersarang di pori bori payudara saya.sekali mahkluk itu masuk kedalam kemudian muncul di lubang sebelahnya.

Larva ini memakan lemak, lapisan kulit, dan puting susu payudara saya, sangat menjijikkan.kata Susan McKinley, seorang antroplogis di Amerika.
video sekedar hiasan


JANGAN GUNAKAN PAKAIAN DALAM ANDA SEBELUM DICUCI
Anda para wanita disarankan agar membiasakan mencuci bra atau seluar dalam yang baru dibeli sebelum digunakan. Bra yang sudah digunakan juga harus selalu dicuci dan dijaga kebersihannya.
Jangan terlalu yakin terhadap tampak luar yang terlihat bersih tanpa Anda tahu betul bahwa itu benar-benar selamat untuk di pakai.

Pakaian yang Anda beli mengalami proses yang sangat panjang sebelum sampai di tangan Anda. Mulai dari proses pemintalan benang, proses membuat kain, pewarnaan tekstil, pemotongan kain, penjahitan, proses mengemas dan masih banyak lagi.

Semua proses tersebut meninggalkan berbagai zat kimia yang bisa membuat alergi kulit pada sebagian orang, terutama pada kulit yang sangat sensitif.

Beberapa bahan kimia yang digunakan pada proses produksi adalah formaldehid yang berguna untuk menjaga pakaian dari kerutan dan mencegah tumbuhnya cendawan pada kain selama pengiriman.
Pakaian dalam berwarna hitam dan warna yang mencolok perlu diwaspadai lebih, pakaian dengan warna tersebut biasanya menggunakan pewarna yang mengandung p-phenylenediamine (PPD), yang dapat menghasilkan reaksi alergi.

Senyawa organik volatil dan produk pemutih juga banyak sekali digunakan oleh kilang pebuat pakaian dalam.

Bahan kimia lain dalam pakaian yang umum digunakan adalah nonylphenol ehtoxylate (NPE). Penggunaan NPE pada beberapa jenama pakaian telah dibatasi di berbagai negara di Asia.
Namun, sampai sekarang belum ada batasan penggunaan bahan kimia pada pengolahan pakaian di Cina dan negara-negara Asia Tenggara, termasuk malaysia dan Indonesia.

Cara mudah untuk membuktikan adanya bahan kimia pada pakaian dalam baru
Cium pakaian baru Anda, ada bau yang khas, itu adalah bau kilang pakaian atau lebih tepatnya bau campuran dari berbagai zat pewarna kain, zat pemutih dan lain sebagainya.''jangan pulak suruh suami anda cium,tu kurang hajar namanya''

Atau.. lihat bagaimana warna air rendaman saat Anda mencuci pakaian baru yang berwarna. Pada sebagian orang, pewarna pakaian yang berlebih bisa membuat kulit memerah, gatal dan panas.



Thursday 24 September 2015

BENAR MEMANG BENAR SEBENARNYA MODEL INI BARU BERUMUR..????? MEMANG TAK SANGKA KAN...CANTIK


BENAR MEMANG BENAR SEBENARNYA MODEL INI BARU BERUMUR..????? MEMANG TAK SANGKA KAN...CANTIK | Pada umumnya, seorang gadis belia berusia 12 tahun mungkin masih berpakaian kasual dgn Hiasan sederhana dn mempunyai ketinggian di bawah 160 cm.  
Mereka juga mungkin masih di sibukkan dengan pelbagai aktiviti pelajaran & k0kurikulum di sek0lah. 
Namun kehidupan berbeza dijalani 0leh se0rang gadis berasal dari VIETNAM bernama H0ang Ba0 Tran ini.
Gadis ini adalah m0del termuda dari VIETNAM yg memenangi Pertandingan M0del Remaja Vietnam dan berjaya mendapat tempat pertama. Gelaran tersebut dimenangi ketika dia masih berusia 11 tahun. Melihat kepada wajahnya, mungkin ramai tak akan percaya bahawa gadis ini masih sangat muda.
Dengan p0stur tubuh yang tinggi lampai serta wajah yang cantik, dia mencuri perhatian banyak 0rang tidak hanya di VIETNAM, namun juga di dunia. Wajah Ba0 Tran boleh dihat di internet, surat khabar hingga majalah fashi0n. 








SUMBER : ANA SUFFIAN

MEMANG GILA!!!! TINDAKAN BERANI MATI PASANGAN KEKASIH TERAKAM DI MAJLIS...


MEMANG GILA!!!! TINDAKAN BERANI MATI PASANGAN KEKASIH TERAKAM DI MAJLIS...JOM LIHAT APA YANG PASANGAN INI LAKUKAN.... memang berani gilalah..cari nahas mereka ni...
 
Melaka: Tindakan sepasang kekasih yang cuba mencuri tabung Masjid Asyakirin, Bachang, di sini, pada Khamis lalu berjaya dirakam 0leh CCTV.
Bagaimanapun dikatakan hasrat mereka utuk mengambil duit dalam tabung berkenaan terbantut apabila gagal membuka peti besi berkenaan. amat malang
Kejadian dikatakan berlaku kira2 jam 3 petang tersebut menunjukkan pasangan itu yang berpura-pura untuk bers0lat sebelum cuba memecah tabung di ruang s0lat lelaki dirakam kamera litar tertutup yg dipasang di masjid berkenaan.
Menurut Pengerusi Masjid Asyakirin Mohamad Ismail, 76 tahun, berkata, pihak masjid menyedari tabung terkenaan cuba dipecahkan selepas mendapati besi pemegang tabung berada di atas lantai.
“Rakaman CCTV menunjukkan se0rang lelaki cuba mengumpil dan membuka peti besi sumbangan jemaah, namun tidak berjaya.
“Selepas gagal mengumpil, lelaki terbabit cuba mengangkat peti besi itu namun tetap gagal,” katanya.




SUMBER : VIRAL MALAYA